JellyPages.com

Friday, 26 October 2012

Yang biasa di gayakan....




PENYEDIAAN ALATAN DAN BAHAN YER....=)
  • Tuala
  • Sikat Ekor
  • Getah rambut
  • Pembahagi Rambut
  • Mostrulizer krim
  • Aksesori
  • Hair Spray


Sebelum mulakan jalinan! kita mesti lah sediakan pelanggan kan?? haa...

  1. Pastikan pelanggan dalam keadaan yang selesa.
  2. Tanggalkan aksesori pada rambut pelanggan.
  3. Alas bahu pelanggan dengan tuala.
  4. Syampu rambut (bila perlu).
  5. Membuat pembahagian rambut untuk membuat jalinan.


NOW... Saya nak tunjuk kat korang semua lakaran saya sendiri..
LAKARAN CARA MEMBUAT JALINAN..=)

JALINAN BIASA
  1. Bahagikan rambut kepada 3 bahagian iaitu A,B,    dan C.
  2. Tindih bahagian C ke atas bahagian B.
  3. Tindih bahagian A ke atas bahagian C.
  4. Tindih bahagian C keatas bahagian B dan teruskan dengan berselang - seli hingga mencapai panjang rambut.
GAYA JALINAN BIASA


         


JALINAN DUA

  1. Bahagikan rambut kepada dua bahagian iaitu  A dan B.
  2. Tindihkan bahagian B ke atas bahagian A.
  3. Ulang kedua-dua bahagian sehingga mencapai panjang rambut.

GAYA JALINAN DUA







JALINAN EMPAT

  1. Bahagikan rambut kepada 4 bahagian iaitu A, B,C, dan D.
  2. Tindih bahagian B ke atas bahagian C, bahagian D ke atas bahagian B dan bahagian C keatas bahagian A.
  3. Seterusnya, tindih bahagian A ke atas bahagian D, bahagian B ke atas A, bahagian D ke atas C dan C ke atas B seperti lakaran di atas.
  4. Ulangi proses hingga berbentuk jalinan empat bahagian dan mencapai panjang yang di kehendaki.
  5. Teguhkan hujung jalinan dengan getah atau hiasan yang bersesuaian.
GAYA JALINAN EMPAT






JALINAN TULANG IKAN


  1. Bahagikan rambut kepada dua bahagian iaitu A dan B.
  2. Ambil sebahagian rambut dari belakang bahagian A, bawa kehadapan dan gabungkan dengan bahagian B.
  3. Ambil bahagian rambut dari belakang bahagian B, bawa ke hadapan dan gabungkan dengan bahagian A. Terus teguhkan jalinan, hias dengan getah atau hiasan yang sesuai.

 GAYA JALINAN TULANG IKAN









HAA...... SO SAYA NAK TUNJUK PULA HASIL TANGAN SAYA SENDIRI MENGHASILKAN JALINAN.... MAAF KALAU ADA KEKURANGAN...=)


JALINAN DUA






                                                                   
    JALINAN EMPAT





JALINAN TULANG IKAN












HA.... YANG NI JALINAN BIASA...
LUAR DAN DALAM..
GAYA INI MESTI ADA IDEA TERSENDIRI

DAN MESTI KREATIF..
SELALUNYA GAYA MACAM NI SELALU DI GAYAKAN UNTUK KANAK DAN DEWASA..
GAYA INI JUGA MENGIKUT IDEA TERSENDIRI















RAMBUT NI PULA...
RAMBUT LELAKI...=)
PENDEK... AGAK SUKAR TAPI DENGAN ADANYA KEYAKINAN DIRI UNTUK MENGHASILKAN RAMBUT YANG PENDEK..
INI ADALAH RAMBUT YANG TERPENDEK LA YANG BOLEH HASILKAN... PENDEK DARI YANG INI MEMANG DAH TAK BOLEH..HEHEHE








JALINAN INI DI GABUNGKAN DENGAN GAYA LOOPS SIKIT... SO, JALINAN JUGA BOLEH DI GABUNGKAN DENGAN APA PUN GAYA TERSENDIRI MENGIKUT KREATIVITI SENDIRI...=) 

1 comment: