JellyPages.com

Thursday, 25 October 2012

DEFINISI.....

Jalinan ialah salah satu cara menggayakan rambut panjang.
Cara ini sangat popular dan tidak lapuk ditelan zaman. Jalinan boleh digayakan dengan pelbagai stail mengikut kreativiti pendandan bersesuai dengan pelanggannya. Ia merupakan satu penggayaan yang paling tua namun masih popular dan digemari sehingga kini.
Jalinan ialah satu kaedah anyaman rambut secara bersilang. Terdapat pelbagai variasi jalinan dengan anyaman daripada yang paling mudah, iaitu 3 hingga 20 strand bergantung pada panjang dan ketebalan rambut seseorang serta kemahiran pendandan.
Proses menjalin rambut boleh dilakukan dalam keadaan rambut basah atau kering. Mnjalin rambut yang basah adalah lebih mudah, menghasilkanjalinan yang kemas dan teguh berbanding dengan jalinan rambut kering. Penggunaan bahan penstail rambut akan menjadikan kerja menjalin lebih mudah dikendalikan . Bagimendapatkan jalinan yangbaik, rambut perlu disikat dengan elok dan licin

No comments:

Post a Comment